Idrus Mohd Satha menyelak akhbar seperti pembaca lain. Satu iklan pusat latihan komputer di Jalan Silang, Kuala Lumpur yang mahu dijual pada harga agak berpatutan menarik perhatiannya.
Apa tidaknya kepada anak muda ini menghabiskan masa lapang pada waktu malam untuk mengajar secara sambilan di kolej swasta. Teknologi maklumat (IT) adalah kepakarannya dan mendidik orang lain menjadi minat peribadi.
Idrus terus memikirkan mengenai iklan berkenaan serta kecenderungan menjadi tenaga pengajar mata pelajaran IT walaupun ketika itu (pada 1991), beliau mempunyai pendapatan lumayan sebagai penganalisis sistem di Esso Production Malaysia Inc.
Siswazah bidang sains komputer itu bersama seorang rakan lain membuat keputusan membeli pusat latihan itu pada harga RM20,000.
"Kesukaran mendapatkan pembiayaan perniagaan menyebabkan saya terpaksa mengambil pinjaman peribadi berjumlah RM10,000 walaupun terpaksa membayar kadar faedah tinggi," katanya.
Kelahiran Cosmopoint
Ketidaktentuan mengenai potensi pusat itu Idrus menyebabkannya meneruskan tugas di Esso dan mengendalikan pusat berkenaan secara kecil-kecilan. Beliau hanya mengajar pada sebelah malam dan hujung minggu manakala operasi siang hari dikendalikan tiga pekerjanya.
"Cosmopoint bermula dengan hanya 10 pelajar dan saya menganggap tugas di situ sebagai hobi dan tidak begitu serius mengendalikannya.
Bagaimanapun dengan tidak disangka, permintaan semakin meningkat dari sehari ke sehari. Justeru, kami mengambil keputusan melaburkan semula keuntungan yang diperoleh untuk mengembangkan perniagaan," katanya.
Selepas tiga tahun membangunkan Cosmopoint, Idrus yang kini bergelar Datuk dan Presiden Cosmopoint Sdn Bhd, memutuskan berhenti kerja dan memberi sepenuh tumpuan kepada pusat berkenaan.
Daripada hanya iklan jualan perniagaan, Idrus membina satu institusi pendidikan yang melahirkan kira-kira 5,500 graduan.
Tetapi pada 1994, rakan niaga Idrus memutuskan menarik diri daripada Cosmopoint. Idrus ketika itu sendirian membangunkan pusat latihan itu dan seperti mana-mana perniagaan, perjalanannya bukan semudah disangka. Cabaran mendapat pembiayaan hampir memusnahkan impian Idrus.
"Sukar mendapatkan bantuan kewangan walaupun daripada agensi yang diamanahkan kerajaan membantu Bumiputera. Yang peliknya sering kali orang bukan Melayu yang percaya dan sudi membantu.
Namun saya tidak patah semangat dan menguruskan kewangan secara konservatif dan meletakkan kepentingan perniagaan melebihi peribadi," katanya.
Teras Perniagaan
Ia menjadi teras perniagaannya. Beliau memilih hidup serba sederhana walaupun keuntungan Cosmopoint semakin meningkat.
Beliau melaburkan semula sebahagian besar keuntungan yang diperoleh untuk mengembangkan kolej itu dan membina jenama Cosmopoint.
Segala pengorbanan itu sudah membuahkan hasil. Anak jati Kampung Baru itu sudah melabur RM30 juta membangunkan Cosmopoint dan sepanjang 16 tahun itu, beliau tidak pernah menerima bantuan kerajaan.
"Kita bersaing secara adil di pasaran terbuka dan hanya pengurusan serta strategi yang betul membantu Cosmopoint berdiri hari ini," katanya.
Idrus yang mengutip pengalaman berniaga sejak di bangku sekolah pernah menjual bunga api ketika di sekolah dan melakukan pelbagai kerja sambilan seperti menawarkan khidmat menaip kertas kerja dan bekerja di restoran ketika menuntut University Evansville, Indiana, Amerika Syarikat, mengakui beliau seorang workaholic (ketagih kerja).
Malah Idrus pernah memandu sehingga enam jam setiap minggu ke Chicago dari Indiana untuk menjual ayam dan daging halal.
Kesungguhan seperti itu membolehkannya mengembangkan operasi Cosmopoint kepada 16 cawangan di seluruh negara berbanding permulaan pejabat seluas 700 kaki persegi ketika mula-mula dibeli.
"Saya gembira melihat pelajar yang pada awalnya datang ke Cosmopoint dengan tangan kosong, kelihatan lebih yakin selepas tamat pengajian. Perasaan bertambah puas jika terjumpa mereka yang berjaya dan memperkenalkan diri sebagai bekas pelajar Cosmopoint," katanya.
Ayah kepada empat anak itu terus berusaha menjadikan Cosmopoint institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.
“Saya mahu semua graduan Cosmopoint mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian kerana dalam bidang ini, 'output' (hasil pengeluaran) adalah penting memastikan jenama Cosmopoint terus berkembang,” katanya.