SihatSelalu.lot.my sudah berpindah ke sistem baru yang lebih canggih -
www.sihatselalu.biz.
Sila lakukan pembelian di sana. Terima kasih.


Wednesday, August 22, 2007

Pendapatan Pasif Daripada Pelaburan

Dalam pengurusan kewangan peribadi, seseorang itu perlu memikirkan matlamat kewangan yang ingin dicapai selepas sesuatu tempoh.

Seorang graduan yang baru bekerja mungkin ingin mengumpulkan wang untuk belanja perkahwinan.

Selepas berkahwin dan mempunyai anak, mereka mungkin ingin membeli insurans perlindungan untuk jaminan masa depan. Mereka mungkin merancang memiliki rumah sendiri dan menabung untuk deposit kediaman.

Bagi pekerja yang berumur sekitar tiga puluhan atau empat puluhan, mereka mungkin merancang beroleh pendapatan mencukupi dari pelaburan yang dibuat semasa usia tua nanti.

Ada yang berhasrat mencapai status kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan ialah status di mana pendapatan pasif seseorang mencukupi menanggung sara hidup keluarga.

Sebagai contoh, seorang yang melabur dalam saham amanah sebanyak RM240,000 memberikan pulangan 10 peratus setiap tahun.

Justeru beliau akan meraih RM24,000 setiap tahun atau RM2,000 setiap bulan. Sekiranya jumlah itu mencukupi untuk perbelanjaan bulanan keluarganya, beliau dikira mencapai status kebebasan kewangan.

Anda boleh mendapat pendapatan pasif RM2,000 sebulan dengan pelbagai cara. Contohnya, anda boleh menyimpan RM240,000 dalam skim amanah saham dengan pulangan 10 peratus setahun tetapi berapa banyakkah yang perlu anda simpan untuk memiliki RM240,000 apabila anda berumur 55 tahun.

Untuk memiliki RM240,000 jika seseorang mengumpul dari sekarang selama 25 tahun, seseorang harus menyimpan RM2,448.98 tahun atau RM204.08 sebulan.

Sekiranya hitung panjang pulangan lebih 10 peratus setahun, anda akan mendapat RM240,000 dalam tempoh lebih singkat.

Anda juga boleh membeli aset menerusi pinjaman sama ada rumah, pangsapuri, rumah kedai atau lain-lain yang memberi pulangan sewaan lebih kurang RM2,000 sebulan.

Katakan aset itu berharga RM300,000 dan berdasarkan kadar faedah lapan peratus setahun, anda perlu membayar ansuran bulanan pinjaman sekitar RM2,400 sebulan selama 25 tahun.

Bagaimanapun anda perlu bijak membuat penilaian risiko dan mempunyai wang deposit muka 10 peratus untuk aset yang hendak dibeli.

Perlu diingatkan bahawa jika kadar pulangan pendapatan daripada aset itu adalah rendah, strategi ini bukan saja tidak akan memberi keuntungan bahkan boleh merugikan anda.

Ada juga risiko kadar sewaan bulanan menjunam ketika kegawatan.

Oleh itu seseorang pelabur perlu berhati-hati menilai risiko kejatuhan yang boleh berlaku kepada pelaburannya.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes